June 29, 2011 24

thanks untuk blogger ni

Assalammualikum dan hye semua hehe sebenarnya aku nak buat entry ni dari hari tu lagi tapi tak sempat sebab aku sibuk buat urusan kemasukan study macam-macam kena buat adess letih sebab tu tak mengonline hoho tetiba bila aku on9 si ujang ni komen kat blog aku dan dekat shoutbox aku pasal hari tu ujang ada post kat tweet mengatakan yang dya nak bagi tiket free kepada sesapa yang duk kat penang so masa tu aku pon reply la tweet ujang mengatakan yang aku nak tiket tu ahaha laju ja aku reply tweet dya ahahaha

then ujang kata nanti dya akak roger balik kat aku,time dya roger aku balik tu aku tak 0n9 da tapi kira nasib aku la kot,aku on9 then aku reply balik message ujang kat FB hoho nasib ko tak bagi kat orang lain na ujang kahkah kira nasib aku baik la yea leh dapat tiket cerita transformers tu ahaha...ujang minta email aku pastu aku terus ja bagi then ujang dah send kat aku tiba-tiba tengok dah dapat tapi aku kena print out form tu then baru leh reedem tiket tu time sebelum tayangan cerita transformers tu la ehehe macam pic kat bwh ni la email dya




aku nak ucap berbanyak terima kasih la yea pada ujang sebab  simpan form tu untuk aku  dan boleh aku redeem nanti ahaha mekaceh bebanyak la moga ko dan akak yana murah rezeki selalu err amin :D, aku siap print dah document tu ahaha :D waah tak sabar eh nak tengok cerita transformers ni eh wahaha


thanks a lot na UJANG

All the best la untuk ko dalam dunia berblogging ni aku tengok makin berjaya ecece tahniah la err murah rezeki ko selalu hehe
June 28, 2011 12

suka stalker??

hurm bercakap tentang stalker memang ramai sebenarnya yang suka stalker ni cuma kita sendiri saja yang tak tau ada ka tak kan? sebenarnya tak semua yang aku rasa yang stalker itu tak baik ada ja yang baik-baik,jangan menuduh melulu-lulu cuba kita check dulu sama ada dia stalker ke arah apa? Ada sesetengah tu juga suka menjadi silent reader pon ada. So apa pendapat anda pasal stalker?? cuba cerita sikit nak tau juga aku.


seperti kata-kata dari seorang blogger ni dia kata melalui tweetnya  dan aku ada take note apa yang diperkatakan secara kebetulan aku pun tengah mengarang nak buat pasal benda ni antara yang dia perkatakan adalah : 

  • Saya suka stalk orang bukan bemakna aku ingin ketahui tentangnya cuma aku suka melihat cara hidup dan pemikiran seseorang.
  • Stalking make me wonder how lucky I am n how lucky r they
  • Stalking make me think that Allah gave everything on His will not our will :)

Aku suka juga stalk blog dan FB orang ni tapi aku stalker kearah kebaikan :)  statment berani mati duk stalker orang ni ahaha dan aku juga suka menjadi silent reader sebab menjadi silent reader ni bukan apa aku jenis lebih suka mendengar dari berkata-kata susah benar nak bagi tau ahaha tapi tak berniat apa-apa pun kalau perlu komen aku aku komen but aku better be silent sebab takut kang tersalah taip plak ahaha lebih suka mendengar ok!blog sapa??tak yah la tau kot :P


p/s : cer cita pendapat anda pasal  stalker ni
June 21, 2011 14

#WW Wordless Wednesday -1

Assalammualikum dan selamat pagi semua ok ni first #WW Wordless Wednesday aku
 
 Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.


June 15, 2011 24

1st time disebalik ikan haruan

assalammualikum dan selamat pagi semua hehe ok pagi ni nak share dengan semua pasal ikan haruan hehe ni 1st time aku tau ni hahaha selalu tau makan ja kan? ni meh nak share satu benda yang ada disebalik ikan haruan tu eh tau tak macam mana rupanya ikan haruan? hehe meh nak tunjuk sikit rupa ikan haruan kot tak tau hehe :) nah ni la rupa ikan haruan 




ini la rupa ikan haruan :P [ pic dari mokcik google ]


selain itu ikan haruan ni banyak sebenarnya khasiatnya diantaranya dapat membantu menambahkan daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang melambatkan proses penuaan. Ikan haruan juga dapat mengesan 27,000 jenis bau dan sekali gus dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai deria bau yang paling sensitif,fuh dahsyat kan?ingatkan lalat ja yang deria bau kuat tapi ikan haruan pon sama ahaha ok tu ja yang nak dikongsi untuk semua untuk pagi ni ^_^


thanks kerana sudi membaca :)

June 14, 2011 10

Blog Photograher yang terbaik!

Assalammualikum dan hai semua ok pepagi ni aku blogwalking ke blog member KBU [Kami Blogger Utagha] iaitu tasha tetiba terperasan pulak tengok dya ada buat entry pasal blog photography ok!cantik-cantik pic yang diorang shoot tau tergamam tengoknya la haha aku minat sesangat bab-bab nak shoot ni hehe lepas tu aku cuba pi tengok blog photography tu antaranya aku bagi korang tengok header diorang dulu pastu korang pi la ke blog dia,aku kasi suspen korang tengok pic kat blog diorang hehe memang best!aku suka cara lepa shoot pic hehe ^_^ jom serbu tengok pic yang ada dalam blog mereka ok!tetambah pada yang nak kawin tu leh la tengok kot-kot nak tempah miahaha













sebenarnya ada lagi blog photograhy yang terbaik nanti aku share-share lagi bagi dulu 5 blog erk kehkeh so jom cuci mata tengok pic-pic kat blog mereka yea



June 13, 2011 9

Tiket Free huh!

Wohoo ok kepada semua pembaca setia surat khabar Metro jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendapat tiket free dari Metro ok!mereka mengeluarkan banyak tiket kali ni hehe tak caya? harus percaya ok! sebab aku beli surat khabar tadi tu yang dapat tau siap snap pic lagi ni buktinya untuk semua pembaca aku kat blog dan juga pembaca setia Metro ok! aku dapat info lambat plak haha, anda semua bolah la start mengumpul kepala keratan akhbar tu bermula dari semalam 13 jun 2011 hingga 26 julai ni.

So jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket free ini ok!

 hanya perlu kumpul keratan kepala akhbar untuk tiket percuma tu so apa tunggu lagi jom kumpul!


nak tahu dengan lebih lanjut jangan lupa membeli surat khabar Metro untuk mendapatkan tiket percuma itu ok semua! cepat-cepat gigih kumpulnya yea hehe ^_^

 siapa cepat dia dapat kahkah ^_^
June 13, 2011 5

You Saka Pergi Jauh-Jauh- episod 1

Assalammualikum and morning to all readers hehe jom layan tengok drama bersiri ni  
[ You Saka Pergi Jauh-Jauh- episod 1 ] jom tengok hehe, ada yang tak sempat tengok episod 1? meh tengok meh hehe,jangan lupa tonton setiap hari khamis pukul 9.30 malam hehe yang tak dapat tengok to jom layan cerita ni haha kelakar pon ada cerita ni kahkah moh la tengok ok! Kredit to Blog Drama melayu.com sebab share cerita tu hehe tq,itu ja boleh bukak kat opis ni youtube? err tak leh haha so layan........nak play video tu kena close dulu pic tu kat bawah ada dya tulis [ close to play ]



June 12, 2011 20

Terowong Cu Chi menakjubkan

Assalammualikum dan selamat pagi semua ^_^ harap semua ceria saja dipagi isnin ni erk pada adik-adik yang bermula kembali sekolah rerajin belajar yea takmo memalas kehkeh ok tadi berkesempatan membuka email dan diterima satu email dari member aku, tetiba pertama kalinya aku tengok terowong Cu Chi ni sebenarnya nak tau rupa terowong tu?





A trap door on the jungle floor leads down into the Cแปง Chi tunnels. Closed and camouflaged, it is almost undetectable

The camouflaged trap door, now open


A Booby trap with bamboo spikes.


Part of the tunnel complex at Cแปง Chi, this tunnel has been made wider and taller to accommodate tourists.

A command center in the tunnels. Today, visitors to the complex can eat meals underground, sampling foods that the underground Viet Cong fighters had eaten, such as rice


Tour guide showing how the tunnel works


Terowong Cu Chi ni merupakan jaringan besar yang menghubungkan terowong bawah tanah yang terletak di daerah Cu Chi di Ho Chi Minh City (Saigon), Vietnam, dan merupakan sebahagian daripada rangkaian yang jauh lebih besar terowong yang mendasari banyak negara. Cu Chi terowong lokasi beberapa kempen tentera semasa Perang Vietnam, dan Viet Cong dasar tentang operasi untuk Serangan Tet pada tahun 1968.

Terowong yang digunakan oleh gerila Viet Cong sebagai tempat persembunyian semasa pertempuran, serta melayani sebagai pusat komunikasi dan tawaran, rumah sakit, cache makanan dan senjata dan tempat tinggal bagi para pejuang gerila banyak. Hebat sistem terowong tidak boleh dianggap remeh pentingnya terhadap Viet Cong dalam melawan Amerika dan protracting operasi perang, akhirnya memuncak dalam pengeluaran Amerika.


hurm itu la sejarah pasal terowong Cu Chi hehe baru tau ni :) have nice monday today hehe ^_^
June 11, 2011 4

Piala FA milik terengganu

Assalammulaikum dan hye semua lama juga tak berupdate hehe sorry erk ^_^ ok semalam kecoh kat rumah aku gara-gara perlawanan bola diantara kelantan & terengganu, riuh semacam kat rumah aku ni huh haha ni sebab tengok bola tak hingat orang lain dah haha. Aku sokong kelantan tapi adess =_= kelantan kalah dan kecundang ditangan terengganu!!huhu adat didalam permainan la kan ada kalah dan menangnya.


Tapi sedikit kecewa disitu pabila salah satu permain kelantan tu adess =_= tak mau cerita la....sapa yang tengok semalam tau la..tak nak komen lelebih..tapi nak buat camna kan? kalau tak pun  terengganu akan jaringkan gol juga time tu, nak buat cmna tak memihak bagi pihak kelantan tapi berpihak pada team terengganu redha ja la kehkeh tapi tabik ngan team terengganu dengan corak permainan mereka disaat-saat akhir :)


Apa-apa pun tahniah buat team terengganu kerana menang huhu nak tau lebih lanjut leh tengok info di terengganu menang ok!




June 07, 2011 8

keindahan yang tak bisa diduga part 2

Assalammualikum dan hye all reader ^_^ hari ni nak sambung buat entry untuk part yg ke 2 pasal keindahan yang tak diduga part 2 oleh aku ketika pergi ke pulau perhentian best wo0 pi sana hehe keindahan yang memang menakjubkan kahkah memang best  satu pengalaman tak dapat nak digambarkan haha ^_^ ok meh-meh tengok pic-pic aku disana kahkah sesapa nak pergi leh la pi yea memang best sesangat lalala so moh layan pic ok!tak tengok part 1? punya lagi? meh tengok part 1 dulu pasal alkisah keindahan di pulau perhentian part 1




pic sebelum nak bersnorkeling menunggu pok cik driver bot haha aku yang berbaju hijau lagi sengeh2 syok nak snorkeling la kononnya haha






 


sebelum nak pi snorkeling sempat lg bergambar haha dari kiri kak ida,kiroh,aku yang tak pakai mask snorkeling dan maryam hehe.





 


aku yang berbaju hijau itu belah kanan tu yang tengah duk nak pakai snorkeling mask itu kahkah









aku yang berbaju hijau lengan panjang itu,tengah tengok keasyikan ikan berenang haha











dari kiri apa ka nama akak tu lupa plak haha,pastu aku yang lagi kusyuk dengar penerangan haha,kak maryam,dan yang laki itu adik kepada kak dekat tempat aku kerja ni firdaus.






 


dari kiri aku,kak ida,kiroh dan maryam tersenyum lebar baru ja lepas bersnorkeling di area kanak-kanak kahkah kira tempat kat situ kanak-kanak leh la bermandi manda sebab air tak dalam tapi kalau mai tengah-tengah dalam la juga haha








ini pic sehari sebelum nak balik penang ^_^








ni time lunch sebelum nak turun pergi snorkeling dan lagi berposing dari kiri maryam dan aku yang berbaju hijau haha










bergambar di nama chalet yang aku duduk tu arwana perhentian resort





ok itu saja pic-pic yang aku nak berkongsi dengan semua reader ^_^ dari part 1 hingga part 2 saja yea sudah abis hehe 


P/s : Thanks pada yang wish untuk birthday aku yang ke 12 0opss bukan la haha 22 la dah tua kahkah

June 02, 2011 4

hari ni 1 Rejab 1432 hijrah

Assalammualikum dan hai semua ^_^ hari ni  bersamaan 1 Rejab 1432 hijrah tahun masihi 2011 jatuh pada 3 jun 2011 bersamaan dengan hari jumaat,sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab ^_^ ,banyak kelebihan bulan rejab ni tau...Syukur dengan limpah kurnianya kita diberi perluang kelapangan,kesihatan yang baik dan keselesaan yang elok oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat mulia dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

kebanyakkan umat islam akan berpuasa pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.



kelebihan bulan Rejab yang lain adalah :


1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 


Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:


1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir


3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat


4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya


5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain
 
 
P/S: Marilah kita sama-sama beramal dibulan yang lagi mulia ini. Nak tau lanjut pasal bulan Rejab? boleh tengok >>>>kredit to this info : kelebihan dan fadhilat bulan Rejab