Followers

Monday, May 30, 2011

keindahan yang tak bisa diduga part1

Assalammualikum dan hye all readers hehe sorry lama tak update blog ok macam-macam hal yang terjadi pada aku sebelum ni adess..mood berblogging pun dah kurang but aku nak update ja benda ni,ok tak pa hari ni aku nak update tentang keindahan yang tak bisa diduga oleh aku pabila aku sendiri pergi tengok subhanallah sungguh besar ciptaannya, terasa nikmat pabila melihat keasyikan dan keindahan itu,nak  taw keindahan apa?


ok minggu lepas aku pi trip family day syarikat yang aku kerja ke Pulau Perhentian Terengganu! keindahan yang terdambar di sana sungguh menarik dan tenang subhanaallah memang tak menduga sebegitu rupa keindahannya!entry kali ni penuh dengan gambar ja la yea hehe so layan tengok semua gambar-gambar tu yea hehe




















err...ada lagi gambar tau tunggu part 2 pula lah yea semua kengkawanku ^_^

Sunday, May 15, 2011

nasib kanak-kanak ini

Assalammualikum dan selamat tengahari semua hehe ok ni nak kongsi dengan  semua tentang kanak-kanak yang tidak mampu bersekolah!Masih ada lagi kanak-kanak yang mundur dan tidak mampu bersekolah?hurm jangan ingat tak da ok!bila ditengokkan sedih rasanya kerana masih ada lagi yang tidak bersekolah kan?faktor yang tidak mampu bersekolah adalah:

  1. Kehidupan keluarga yang sangat daif di sebuah perkampungan terpinggir.
  2. Kemelut kemiskinan.
 
Terdapat 10 negara yang dikategorikan di bawah paras kemiskinan dan tidak mempunyai akses pendidikan asas berdasarkan jumlah bilangan pelajar dan guru antara negara yang kanak-kanak tidak mampu untuk ke sekolah adalah Haiti, Somalia, Eritrea, Comoros, Ethiopia, Chad, Burkina Faso, Central African Republic, Mozambique, Zimbabwe dan Liberia.

Mengikut rekod badan dunia bilangan kanak-kanak tidak bersekolah menurun dari 106 juta pada 1999 kepada 69 juta pada 2008, ia masih jauh dari jumlah sasaran iaitu kira-kira 30 juta. rekod itu datangnya dari sebahagian besar negara mundur dan miskin  yang sentiasa terbabit dengan kemelut pergolakan serta konflik perang saudara tidak berkesudahan.


kebanyakan negara yang tercicir ini tidak melihat pendidikan sebagai aset masa depan malah menjadikannya sebagai agenda terakhir yang perlu dibangunkan. Pendidikan juga wajar dilihat sebagai ubat terhadap penyakit tertentu terutama dalam mengubati pandangan skeptikal serta diskriminasi masyarakat dunia terhadap golongan wanita yang selama ini ditindas.

 
Sesetengah kanak-kanak dari negara itu kadang-kadang bersemangat untuk ke sekolah tapi malangnya kekangan hidup dalam keadaan yang daif meyebabkan mereka sukar untuk pergi ke sekolah. Mereka hanya mampu memasang angan-angan untuk menjadi seorang doktor dan sebagainya.

lebih 70 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak mampu untuk menjejakkan kaki ke sekolah,menjadikan isu keciciran pendidikan masalah global yang tidak pernah selesai.Macam-macam cara dilakukan untuk membasmi masalah keciciran dalam pembelajaran ini namun belum mencukupi untuk masa depan kanak-kanak ini.


Meskipun ada usaha badan sukarelawan dunia menghulurkan bantuan tetapi tidak mencukupi bagi menampung jumlah diperlukan negara terbabit untuk membangunkan pendidikan dengan purata perbelanjaan kira-kira RM7.6 juta setahun. Ditambah lagi dengan krisis kewangan dunia yang meruncing menjadikan kanak-kanak di negara miskin seperti Haiti dan Somalia terus menderita.


Hurm sungguh perit bagi golongan kanak-kanak di negara itu tapi kita perlulah bersyukur kerana negara kita Malaysia tidak seperti itu bersyukur kita dengan apa yang kita ada di negara kita. Sama-samalah kita doakan semoga negara mereka pulih dari permasalahan itu. Ilmu itu penting dan tidak kira apa pun jua kekangan hidup!

 


Ps: moga-moga kanak-kanak itu kuatkan semangat walaupun dalam keadaan sebegitu rupa insyaallah pasti akan ada keajaiban disebaliknya :) Guru kaulah pendidik Nusa dan Bangsa 

"SELAMAT HARI GURU"
Terima Kasih Cikgu
kerana mendidik kami hingga kami berjaya dan menjadi insan yang berguna!