Followers

Tuesday, December 20, 2011

si comel shop online?

Assalamualikum dan salam sejahtera semua hehe hari ni entry pendek dari aku untuk korang semua ok hari ni aku nak promote 1 blog iaitu Apezs shop online orite aku promote sebelum aku balik asrama sebabnya kalau dekat sana karang takut tenet buat hal ka hapa kan hehe.Ok sebenarnya blog ni ada menjual/mengimport arnab yang comel ok!tak caya? tak caya sudah :p Selalu kita pernah tau ada  shop online tudung dan lain-lain ja kan? kini pet shop online pon hado ok? ka aku sorang ja baru tau -_-' haha so apa tunggu lagi boleh la korang pergi jeguk tengok dekat blog tu yea kalau tak caya gi tengok yea hehe comel-comel arnabnya

jom tengok  Si Arnab Comel

Friday, December 16, 2011

butter prawn

Assalammulaikum dan salam sejahtera semua hehe ari ni mimpi apa pun tak tau terasa tekak nak makan udang? haah udang,buat sekian lamanya aku tak makan udang kerana aku alergic pada seafood huhu so arini tak leh jadi aku nak juga makan udang apa nak jadi jadi la kahkah :p so padan muka aku sat lagi sebab makan udang so  aku masak butter prawn ni khas buat tatapan semua reader ok? kehkeh aku buat sendiri ok :)

bluppp...sedap lama aku tak makan kau wahai udang ehehe 

Wednesday, December 14, 2011

tiada gunanya lagi

Assalammualikum dan salam sejahtera untuk semua ya apa yang tiada gunanya lagi tu? ya pasti anda tau bahawa bila anda semua pergi ke hypermaket tiada lagi beg plastik kan? macam setengah tempat ada hari tertentu saja yang tiada penggunaan beg plastik tapi macam dekat tempat aku plak sekarang tiba 1 day tu lepa kata tiap-tiap hari tiada beg plastik!

So bagi aku kalau korang nak pergi hypermarket tu bawa la green beg tu contohnya pic yang digoogle  oleh aku :) macam ni

 

ataupun korang buat la beg sendiri hehehe ok? kalau korang tak bawa green beg dan beg yang korang buat tu nanti korang kena cas 20 sen untuk 1 beg plastik tau,ada 1 kes dekat hypermarket aku pi ritu, 1 mak cik ni memarah orang kaunter cashier tu sebab plastik beg kena cas 20 sen. Jangan memarah kan kempen tiada lagi beg plastik dah dilancarkan masa bulan januari  2011? tak nah dengar ka? so jangan memarah yea len kali bawa2 la green beg dll ok? 

Sunday, December 11, 2011

tahniah MU menang

tahniah buat siapa? ya tahniah buat Manchester United kerana telah menang dalam saingan Liga Juara-juara Eropah dengan membelasah 4-1 dengan Wolverhampton.Tahniah buat pasukan Manchester United :) nak tahu lebih lanjut ceritanya klik MU menang

yeah MU menang ^_^

Thursday, December 8, 2011

anganku musnah

Assalammualikum dan hai semua ok hari ni aku ada 1 cerita yang dikongsikan dengan korang tau..nak tau apa?ahakz sila baca dialog dibawah yang direka oleh aku yea 

mak Munah : azwan....oh azwan haish hang buat apa dekat atas tu? duk tidoq apa lagi budak ni...nanti sat dia nak kena ni tengah  rembang macam ni pun tak bangun-bangun lagi? tunggu hang sat..

mak munah memarahi azwan kerana dia tidak menyahut pertanyaan sebentar tadi,azwan sedang tidur nyenyak dibuai mimpi sampai mak munah memanggilnya pun dia tidak sedar

di dalam bilik azwan.....

Azwan sedang tidur dengan nyenyaknya,sehingga bermimpi...

Azwan : waah....terima kasih ya pak sebab belikan cheq pelampung ni leh la azwan belajaq berenang na?

Pak manan : ha azwan hang tak payah dah duk pi tengok ja orang berenang dekat kolam renang tu na sekarang hang guna pelampung yang ayah bagi tu untuk hang belajaq berenang dekat situ na?

Azwan : la sungguh ka pak?terima kasih la pak nuh sebab sudi pi beli pelampung ni untuk cheq guna nak belajaq berenang tu nah sayang pak...

Pak Manan : ha belajaq berenang tu elok-elok tok sah main-main,belajaq berenang jangan sampai lupa belajaq dekat sekolah tu nuh?ingat pesan pak ni nah

Azwan : cheq takkan lupa aih pesan pak.. cheq ingat sampai bila-bila

Pak manan : ha kalau lagu tu bagus

Azwan : terima kasih lagi sekali nah pak..

Pak manan : tak pa eh

setelah itu azwan berangan-rangan sedang berenang di kolam renang dengan pelampung yang pak dia beli

Rubber ring

tiba-tiba angan-angan azwan tu bertukar...

Mak munah : amboi duk tidoq lagi nah?nah ambik ang ayaq satu baldi....bagun..........

Azwan : apa ni mak...basah abes ni 

Mak munah : ha tidoq lagi sampai tengah rembang ni la akibatnya bangun lekas...pi mandi,makan apa semua...ni ja la kerja ang noh masa cuti sekolah tidoq ja kerja apa nak jadi pun tak tau pi lekas

Azwan : ya la sat lagi cheq pi la..

Mak munah : ha tercegat apa lagi dekat atas katil tu ha? pi lekas mandi

mak munah pun berlalu pergi ke dapur...

Azwan :musnah abis eh impian aku nak berenang tadi ish last-last aku kena simbah ayaq 1 baldi dengan mak aku adoi berangan ja aku duk belajaq berenang segala bagai tadi rupanya mimpi ja rupanya adoi... (dalam hati Hot Head)


cerita diatas tiada kena mengena dengan sesiapa ya hanya rekaan dari aku semata-mata renungan bersama jangan berangan-angan di tengah rembang kahkah Laugh

Wednesday, December 7, 2011

melatah kuat?

Assalammualikum dan hai semua ehehe ok hari ni aku nak cerita sedikit pasal melatah kuat ok! ramai bukan yang suka melatah kan? tapi tak semua la kot bergantung pada seseorang tu ka? faktor orang yang melatah ni mungkin bagi aku adalah sebab faktor keturunan. Mungkin nenek moyang mereka ka sebelum ni pernah melatah dan ia diwarisi oleh anak cucu mereka mungkin?

Bagi aku orang yang melatah ni kalau mereka tak diacah atau tak disakat oleh rakan-rakan atau sedara mara mereka mungkin mereka tak akan melatah walau sepatah pun, jikalau mereka disakat maka terjadilah melatah itu tak kira perlahan atau kuat bunyi melatahnya itu.

Pernah suatu ketika dahulu waktu aku sekolah menengah ada 1 member aku ni kuat benor melatah ok! macam-macam keluar dari mulutnya bila dah melatah ni tau, dya akan ok kalau tak ada orang yang kacau dya,malangnya ramai yang suka menyakat dan suka benor bagi dya melatah. Member aku pernah bagitau aku yang dya kekadang penat+semput bila orang duk acah dya. Kecian dekat member aku tu tapi nak buat macam mana dah orang lain suka sakat dya hurm...

Benda ni boleh diatasi jikalau tak ada orang duk mengacah ia tak akan jadi melatah, bagi aku la kan kalau korang ada member-member yang suka melatah ni korang jangan la mengacah dan mengacau mereka ok! tak kecian ka huh? renung-renungkan kalau korang la yang ada dekat tempat member korang yang melatah tu ha amcam?

pic pinjam google ^_^

tutorial pen tools?

Assalammualikum dan selamat petang semua ahaha ok ari ni aku nak buat 1 tutorial pasal pen tools kahkah :p sebab ada orang tanya aku macam mana nak guna pen tools dalam adobe photoshop huhu aku tak sure la pula dya saja buat tak tau ka apa ke kan? so aku nak share la cara guna pen tools dekat photoshop tu huhu sesetengah orang tau guna pen tools dekat adobe illustrator ja tapi dekat photoshop tak tahu ok meh sini aku share sikit ye ilmu yang aku ada yang tak seberapa ni jom kita tengok cmna nak guna ok?


1 step
bukak sofware adobe photoshop kemudian ikut pic dekat bawah pergi ke menu bar > file then klik > open.

step 2

bila korang dah klik macam step 1 tu then korang pilih la pic yang korang nk tres tu yea contoh aku pilih pic dibawah ni


step 3
pergi ke tools dan ikut macam pic di bawah yang beranak panah merah tu




step 4

tengok dekat menu bar macam pic dekat bawah,dan klik pada anak panah yang berwarna merah tu ya



step 5

korang klik ja guna pen tool macam yang bertanda merah tu


kemudian korang klik lagi ikut macam pic yang bertanda dibawah tapi jangan lepas kan ok?


step 6
korang buat ikut bentuk benda yang korang nak buang tu yea contoh aku buat macam pic dibawah korang ikut lekok macam aku buat tu tp jangan lepaskan mouse korang masa membuatnya yea :)



lepas dah ikut lekok tadi korang lepaskan mouse orite? then klik dekat tanda macam dekat bawah tu eh


sebab buat macam tu untuk hilangkan garis macam pic dekat bawah ni


kemudian korang tres sampai jadi macam ni

nampak garis-garis  diluar tu? hak orang tres hingga jadi macam tu ok! then korang right klik dan dya akan keluar macam pic dibawah ok


kemudian garisan putus-putus tu akan menari-nari  macam pic di bawah (hanya di photoshop ja akan menari-nari ya)
step 7
pergi ke layer ikut macam pic dibawah then double klik ok


bila dah double klik akan keluar macam ni


then korang perlu tekan button keyboard delete>tekan ctrl D lastly akan jadi macam ni

see dah hilang background tu kan? 

ok itu ja entry aku untuk hari ni yang tak seberapa and very the long-long ok!ada sebarang pertanyaan pasal tutorial ni kasi tau la yea

selamat mencuba!!

Friday, December 2, 2011

best+creative lagu ni

Assalammualikum dan selamat tengahari semua hehe dah makan belum ni? korang masak apa ja? sah sedap kan-kan? hehe ok hari ni aku nak kasi korang tengok dan dengar lagu ni best sangat bila diaorang medleykan hehe bagi aku diorang ni kreatif sesangat tau huhu so jom dengar lagu ni medley lagu pokok,dan beribu sesalan oleh Rain Over Me (Pitbull Feat Marc Anthony) kretifkan diorang buat cmtu hehe so layan for this weekend :)



suka tengok dya main alat muzik tu >.<

Thursday, December 1, 2011

mari vote!!

Assalammualikum dan selamat petang semua ok mood arini nak mengvote eh vote apo plak la kau ni pepetang cmni? haha ceh itu tanda aku tiada kerja nak buat la kan? haha serius bosan aku duk dekat rumah ni....tibo2 aku baru teringat dekat kawan aku ni ha dya masuk pertandingan Pencarian Ikon JJC 2011,tak tau apa tu?

ha kalau nak tau korang just klik dekat fbJJC ni ok pastu korang tolong la sekali like2  member aku punya pic tu sekali na iaitu syakila orite pic yang dipertaruhkan tu adalah 


***
***
***
***
***
***
***
***
***
******
***
*

taraa 

>.<



p/s : vote yea jangan tak vote... >.<

Tuesday, November 29, 2011

Filem terbaru dari KRU Studios

Assalammualikum dan hye semua hari nak cerita pasal 1 filem yang terbaru dari KRU Studios iaitu "Vikingdom" ok. Filem ni adalah sebuah filem bertaraf antarabangsa tau!!sebab ada barisan pelakon dari antarabangsa dalam filem ni iaitu Dominic Purcell kalau tak tau siapa itu boleh google ok!ahaha 


Penggambaran keseluruhan sebenarnya diadakan di malaysia saja,tapi filem ni belum keluar lagi tau dalam pembikinan lagi ok!harap semua bersabar yea,nak tau lebih lanjut? terjah baca sini

Thursday, November 24, 2011

Short film 'NAWAITU'

Assalammualikum dan selamat petang semua ok dikala aku tengah bosan duk dekat rumah ni aku gi godek-godek fb la twitter la dan aku terjumpa 1 short film dekat fb dari seorang pelajar dekat poli aku ni, kiranya dia ni adalah pelakon utama la kan dalam short film tu. Ok short film ni dibuat oleh  pelajar-pelajar Politenik Tuanku Syed Sirajuddin iaitu para pelajar dari semester 5 dari kos pengajian video dan filem. 

Dikesempatan itu aku mohon sharekan video ni dari si pemilik yang mengeluarkan video  itu dia ialah syazwani dan dia benarkan untuk aku share video tu so aku nak sharekan la dengan korang semua pasal cerita nawaitu ni dekat korang yea,best tau!aku dah tengok korang tunggu apa lagi yea dak? hehe nak tahu lebih lanjut pasal cerita ni boleh la korang tengok dekat PART 1 dan PART 2 so jom terjah baca dekat blog syazwani :)

kredit to syazwani thanks a lot eh sebab sudi kasi saya share cerita tu :D



kena belajar ni dari syazwani pasal production hehe nanti aku plak kena buat blupp O_o

Tuesday, November 22, 2011

cemburu tak kena tempat

Cemburu yang tak kena tempat??ini cemburu bukan soal CINTA ok ini cemburu mengenai sesuatu bakat atau hasil kerja orang lain ok!! Ada juga eh orang yang mencemburui hanya sebab bakat seseorang itu lebih sikit dari mereka? mereka tak senang duduk bila tengok hasil kerja seseorang tu lebih cantik dan elok darinya, buat apa nak cemburu??korang dapat apa?

Bagi aku korang tak perlu mencemburui pada kelebihan seseorang itu, kalau korang rasa tak berapa reti sangat nak buat sesuatu benda tu korang haruslah bertanya kepada mereka. Tak perlulah rasa cemburu dan mengata berbagai pada orang yang dapat menghasilkan kerjanya itu lebih daripada korang. Setiap manusia yang hidup didunia ni telah diberikan kelebihan dan kekurangan masing-masing oleh ALLAH S.W.T so korang haruslah menerima kenyataan itu.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, ada setengah orang pandai dibidang teknikal tetapi tidak pandai dibidang praktikal dan ada juga yang pandai dibidang praktikal tetapi tidak pandai dalam bidang teknikal. So korang boleh kot memikirkan yang mana 1 kelebihan dan kekurangan yang korang ada bukan? anda sendiri boleh menilainya.

Bagi aku la kan, lebih suka kalau berkongsi pendapat diantara kengkawan aku. Bertanya pada mereka tentang hasil kerja yang telah kita lakukan dan kemudian menerima kekurangan jikalau hasil kerja kita itu tidak sempurna dan boleh diperbetulkan, aku lebih suka mereka menilai dan baru kita tahu dimana kelemahan kita sendiri. Itu bagi pendapat aku la kan, tak perlu rasa cemburu yang tak bertempat. 

Kita harus menerima hakikat kekurangan  yang kita ada dan dari itu kita boleh asah hasil kerja kita itu dengan lebih baik dan sempurna. Tak perlu korang rasa cemburu hanya kerana sebab itu, perbaiki lah hasil kerja korang itu selagi korang mampu dan berjaya membuahkan sesuatu hasil yang cukup baik dan sempurna. 

Janganlah korang rasa segan untuk bertanya jikalau korang rasa tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu kerja itu. Biar korang bertanya asalkan kelak korang tidak sesat jalan hehehe 


p/s : Malu bertanya kawan sesat cari jalan pulang  eh -_-'


Monday, November 21, 2011

1st time shoot Sunset

Masa hari raya aidilfitri hari tu aku ada pergi shoot pic sunset,ni kiranya 1st time aku shoot sunset la tapi tak la cantik mana aku shoot tu kan huhu,baru merangkak-rangkak nak belajar dalam bidang photography ni hehe.pic ni aku ambik dekat area rumah kawan mak aku,tak da kerja gi shoot sunset,yang ni bukan pic ori yang aku tangkap lah ya sebab aku dah edit pkai HDR dan edit dekat adobe photoshop. jom cuci mata tengok shoot yang aku ambik tu dan sila la bagi komen yea kalau sesiapa yang tau bab-bab shoot sunset ni yea im still new :)

SEBELUM EDIT

SELEPAS  EDIT

Sunday, November 20, 2011

'CANDID TIME CONTEST'

Assalammualikum dan selamat petang semua :) ok tadi tengah-tengah aku boring aku pi la blogwalking dekat blog someone ni, pastu aku ternampak  dya ada join 1 contest ni  iaitu 'CANDID TIME CONTEST' oleh Adik muna rahimah 




aku terasa nak try mencuba nasib aku untuk join contest ni ehehe so pic ni aku pertaruhkan untuk masuk contest ni tada.....

pic ni aku bersama-sama kengkawan di taman ular dekat Perlis , dan pic ni telah dicandid oleh member aku :)


dua orang yang aku nak tag adalah: 




kalau sapa-sapa yang lain diluar sana nak join contest ni just korang pergi ja terjah dekat blog adik muna rahimah ni then leh la join senang ja kalau nak join so apa lagi moh la join contest ni yea :) hadiahnya boleh tahan ehehe :) good luck buat semua yang join tu yea 

Saturday, November 19, 2011

Tahniah buat pasukan Malaysia

Tahniah diucapkan buat pasukan Malaysia kerana menang dalam perlawanan semalam menewaskan Myanmar. Malaysia menjaringkan gol 1-0 yang telah dijaringkan  oleh  Ahmad Fakri Saarani. Tahniah buat pasukan Malaysia semoga pasukan Malaysia akan terus mara dan berjaya dalam permainan.

Ahmad Fakri Saarani berjersey no 13



Thursday, November 17, 2011

1 shoot flora

Assalammualikum dan selamat petang semua hehe,ok hari ni aku nak tunjuk beberapa gambar bunga yang aku shoot disekitar kawasan Politeknik yang aku belajar ni,aku ambik gambar dekat-dekat ja sebab tiada transpot yea nak pergi jejauh nuh tapi gambar bunga-bunganya lawa-lawa gak haha cuba korang teka bunga apa yang aku ambil tu yea ehehe :)







p/s: disebabkan kebosanan hanya semata-mata gambar ja lah yea yang terupdate hikhik :) layan....

Saturday, October 22, 2011

bersama JPAM

Assalammualikum dan selamat tengah hari semua hehe oraite hari ni aku nak cerita pasal kem yang aku pi minggu lepas bersama JPAM negeri Perlis. Kem tu untuk memenuhi syarat untuk subjek yang aku belajar dekat Politeknik Perlis iaitu polibriged :) Kem ni memang best, first time aku join dalam JPAM ni yang sebenarnya itu adalah 1 pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila.


Aku pi JPAM tu untuk siri ke 2 start 14/10/11  hingga 16/10/2011, memang best sesangat huhu tak dapat nak digambarkan hikhik kalau korang nak tau macam mana bestnya nanti korang join la JPAM ni masa dekat tempat belajar korang untuk kokurikulum tau.



banyak yang aku buat masa dekat sana antaranya belajar cara memadam api,belajar cara nak menyelamatkan orang,refresh balik untuk berkawad amaklumlah lama dah tinggal kawad last 2006 hahaha.belajar tepati masa, dan belajar ikat tali. Masa last program waktu pepagi lagi kitaorang kena buat ujian dari apa yang telah kita belajar masa kelas dekat sana.


Banyak yang nak diceritakan sebenarnya tapi aku pendekkannya ja la ya? huhu apa-apa pun korang try la join JPAM ni memang best sesangat tau nak tau lebih lanjut korang leh tengok sendiri dekat JPAM blog ataupun boleh add fanpage JPAM di FB pn ada tau :) ikut negeri korang la hikhik  antara pic yang sempat aku rembat dekat fanpage jpam :)



Ini group alfa sedang mendengar taklimat pertolongan cemas



tekun mendegar dan menulis apa yang disampaikan sebab nanti ada ujian :) ini belajar cara megikat tali

Ini group bravo sedang mendengar taklimat pasal pertolongan cemas juga

Ini masa malam kitaorang ada belajar cara memadam api


ha ni budak kelas aku yang terpilih untuk pergi ke
MAJLIS PENERANGAN PERDANA
 
dan berjumpa dengan YAB Dato Hishamuddin


bestkan diorang huhu aku tak terpilih huhu


Ni pic sebelum majlis penutup last kitaorang di jpam aku ja sesat sebab tak pakai kasut boot haha kaki aku sakit da


ni last kitaorang bergambar yey dah grade di jpam



Tuesday, September 20, 2011

Pertemuan Yang Sangat Bermakna

Assalammualikum hye semua ok seperti tajuk aku hari ni aku nak cerita pasal pertemuan yang bagi aku sangat bermakna la kan,sebabnya kami hanya kenal melalui FB dan blog saja,tuptup kata nk jumpa sesama. Ok nak tau sapa? Ia adalah pemilik blog seorang wanita yang cantik lagi rupawan :) iaitu akak LMAkak LM telah menang dalam contest yang dianjurkan oleh akak melur jelita dan dikesempatan itu kami merancang nak berjumpa,kami membuat janji melalui fb dan juga message melalui hp :),sepatutnya dirancang nak berjumpa sekali dengan lagi sorang blogger iaitu akak adish shida tapi disebabkan akak shida ada hal so aku mengajak lagi sorang blogger iaitu si tasha ni.


Bagi aku sangat bermakna pertemuan itu walaupun singkat ja pertemuaan tu namun terasa happy sebab dapat jumpa syukur alhamdulillah :) dikesempatan ni aku nak ucapkan tahniah buat akak LM sebab selamat melahirkan anaknya hehe tahniah yea kak...dan efa harap kita dapat jumpa lagi kalau akak balik ke Malaysia yea :) take care duk dekat Qatar yea :) harap-harap kita akan berjumpa lagi suatu hari nanti yea. Seronok dapat jumpa akak best sesangat hope will meet you again oraite ^_^


Dari kiri akak LM ,Aku dan Tasha 

thanks erk akak LM sebab hadiah ni terharu sangat,kenangan ni :)

Friday, September 9, 2011

2st time snap pic guna DSLR

Assalammualikum dan salam 1 Malaysia ehehe ^_^ hurm dah lama rasanya aku tak buat apa-apa langsung dalam blog aku ni kan?siapa perasan?kahkah..banyak gak la orang tanya kenapa aku lama menghilang dalam dunia blogging ni ehehe yang sebenarnya aku dapat tawaran untuk sambung belajar so aku jarang la on9 ketika itu kerana tiada wireless lagi lepas tu banyak assigment dan sebagainya..tapi sekarang aku akan mula kembali berblogging tapi tak la kerap tengok keadaan la kan...

orite berbalik pada tajuk aku tu,dekat sini aku nak tanya pendapat korang tentang pic yang aku snap masa raya tempoh hari ehehe kejadiannya di Alor star Kedah. Tapi aku lupa plak nama tempat area yang aku pergi tu kahkah ni kira 2st time aku guna kamera DSLR, yang 1st time punya nanti aku tunjuk eh sebab yang 1st  time punya tu aku guna kamera dekat tempat aku study,yang pic yang aku nak tunjuk ni kamera aku sendiri ekeke :D cer komen sikit cara penangkapan gambar yang aku ambil tu huhu...saya budak baru belajar~~~sila tunjuk ajar siapa yang tahu bab snap pic cecantik ni yea hoho o0pss pokok ni aku tak tau la plak nama apa ahaha






Win Calendar 2017 Frame in Blogger Contest Giveaway

ANYONE like to join?  This Blogger Contest Giveaway? ora adzlin  Let join it guest 😎 Win Calendar 2017 Frame so awesome ...